PERJUANGAN BAGSA...!!
Persoalannya :
Jika tidak dicampur-adukkan Agama dgn Bangsa tak boleh ker..??
Kerana Islam itu Universal sifatnya.. Dengan datangnya Islam maka terhapus sudah segala perjuangan untuk Bangsa, Kabilah, Suku Kaum, Puak dan Keturunan..
Islam tidak memandang apa bangsa kamu, apa kabilah kamu, apa kaum kamu, apa puak kamu dan apa keturunan kamu.. Islam itu rahmat utk seluruh alam..
“Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antaramu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”_(Q.S.49:13).
Jangan rosakkan islam dengan sentimen bangsa, kabilah, kaum, puak dan juga keturunan.. Allah tidak melihat kepada bangsa dan keturunan hambanya tetapi Allah hanya melihat kepada iman dan takwa seseorang hamba itu..
Perhatikan sabda Nabi Saw:
ليس منا من دعا الى عصبيه.وليس من قاتل على عصبيه.وليس منا من مات على عصبية (رواه ابو داود)
“Bukan dari golongan kami siapa saja yang mengajak kepada Assobiyah (kebangsaan). Dan bukan pula dari golongan kami orang yang berperang karena kebangsaan. Dan tidak juga termasuk golongan kami yang mati karena kebangsaan. Golongan yang mati atas perjuangan kebangsaan adalah seumpama matinya golongan jahiliyah” (HR Abu Daud).
Ramai yg cuba menafsir apa itu Assobiyah yg dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w
Kamus bahasa arab dengan jelas menyatakan Assobiyah itu adalah Bangsa, Kabilah, kaum dan juga keturunan.. Tafsiran ini juga disepakati oleh jumhur ulama dunia islam dan pakar-pakar bahasa arab baik dari segi bahasa mahu pun nahunya..
Laungan Yahudi bagi mendaulatkan bangsanya seperti " God Bless Jews " dan ( " Long live Jews " - Hidup Yahudi ) adalah lauangan yg dilaknat oleh Allah dan Rasulnya..
Apakah kita umat melayu mahu mengikuti jejak langkah Yahudi yang berjuangan atas dasar kebangsaan mereka..dan meniru Ketuanan Yahudi di atas muka bumi Allah ini..??
" Jika kamu meletakkan bangsa dan keturunan di hadapan kamu, maka kamu tidak akan dapat melihat segala kebenaran sedangkan Allah menjadi saksi di atas kebenaran tersebut " - TZI.. 13 / 6 / 2013
Teuku Zacharyah Iskandar.
Admin FB : Anak Muda Bangkit hancurkan UMNO.
Admin FB : Anak Muda Bangkit hancurkan UMNO.
No comments:
Post a Comment