Followers

Thursday 4 April 2013

PAS SEBAGAI WADAH PERJUANGAN UMMAH

Muqaddimah:  Artikel ini disunting dan disesuaikan semula dari Ucapan Dasar Presiden PAS, Ustaz Fadhil Mohd. Nor sempena Muktamar Tahunan PAS  Kali Ke-39 (pada 11 hingga 13 Jun 1993) dan Kali ke-40 (pada 9 hingga 12 Jun 1994) – Rosli bin Ibrahim.


SEBAGAI sebuah jamaah Muslimin dan wadah kepada perjuangan ummah, PAS adalah satu dari mata rantai gerakan lslam seluruh dunia. la bersama-sama dengan lhkwanul Muslimin di Mesir, Jamaat al-lslami di benua kecil lndia, Hamas di Palestin dan lain-lain harakah lslam di seluruh dunia, menawarkan khidmat kepada  umat lslam supaya bangun bersama lslam dan mewujudkan corak hidup lslam.
PAS telah membuktikan ketabahannya dalam menghadapi apa juga cabaran dan rintangan. Dan PAS telah mentarbiyahkan ahli dan penyokongnya supaya mengutamakan kepentingan parti dan jamaah dari yang lain-lain serta terus beristiqamah, berakhlak mulia dan sentiasa mencerminkan syakhsiyah lslam. Juga meletakkan budaya dan ciri-ciri kenegaraan lslam di dalam setiap diri.
Pendokong gerakan lslam mestilah menjadi contoh yang baik untuk diteladani dalam apa juga bidang. Perlu diingat bahawa melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan adalah sebahagian dari ibadah. Ahli-ahli gerakan lslam hendaklah sentiasa merasakan diri terpanggil apabila berlaku sesuatu peristiwa yang memerlukan khidmat dan pembelaan lslam serta hendaklah peka terhadap setiap perkembangan dan kejadian.
Setiap pendokong gerakan lslam hendaklah dari masa ke masa memperbaiki akhlak serta mempertingkatkan ilmu disamping sering bermuhasabah atau memeriksa diri sendiri.
Justeru itu, peribadi dan akhlak ahli-ahli PAS secara langsung mencerminkan suatu dakwah yang boleh menarik dan memikat masyarakat untuk bersama mendokong perjuangan PAS.
Ahli-ahli PAS berkewajipan melahirkan tanggapan positif masyarakat terhadap PAS. Mereka wajib mempertahankan nama baik jamaah sehingga segala prasangka dan tanggapan negatif masyarakat terhadap PAS dapat dihapuskan.
Mereka yang berpandangan positif terhadap perjuangan PAS layak untuk bersama PAS, dan pintu PAS sentiasa terbuka kepada mereka. Seseorang lslam yang berhasrat untuk berjihad dan ingin memberi sumbangan kepada agama dengan apa yang ia mampu dan mereka yang ingin melihat lslam  didaulatkan, serta insaf  akan  masalah  dan  himpitan  yang  dihadapi oleh lslam dan umatnya, dan berazam untuk mencari keredhaan Allah, maka mereka ini akan dapat bersama dengan PAS dan perjuangan ke arah tadi.
Ketika PAS muncul di awal penubuhannya lalu, politik lslam dianggap asing oleh sesetengah pihak. la dianggap tidak wajar wujud dan tidak secucuk dengan zaman. Undang-undang lslam dilupai dan tidak mungkin dikemukakan semula. Tetapi hari ini, suka atau tidak suka, semua pihak di luar PAS sama ada dari dalam atau luar negara telah menerima hakikat bahawa adanya politik lslam. Malah kini ada yang sudah pandai menyebutsiasah syariah, maqasid syariah dan beberapa istilah lagi yang telah diperkenalkan oleh para ulama lslam sejak dari abad awal hijrah lagi.
Konsep siasah dalam lslam sudah menembusi telinga, tembok batu dan bangunan cermin di seluruh dunia. la adalah satu kejayaan hasil dari perjuangan gigih umat lslam dan harakahnya yang tidak pernah mengaku kalah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Demi Tuhan bahawa agama ini (lslam) akan sampai ke mana juga selagi mana sampainya malam dan siang”.
Kita yakin semua aspek dalam perbendaharaan lslam akan menjadi agenda yang bertambah penting bagi semua pihak termasuk mereka yang masih menaruh prasangka terhadap lslam.
Justeru itu, kita jangan jemu dan penat untuk menerus dan meningkatkan perjuangan supaya para petualang tidak menguasai suasana dengan menggunakan modal lslam dan kita jangan sekali-kali membiarkan politik dan suasana menguasai lslam, tetapi perjuangkanlah supaya lslam menguasai politik dan suasana.
Sejarah manusia sepanjang zaman mengesahkan betapa getirnya pertarungan antara golongan yang berkuasa dengan yang lemah. Golongan yang lemah ditindas dan dizalimi sekalipun mereka berada di pihak yang benar.
Golongan yang berkuasa pula biasanya memiliki kekuatan dan keupayaan yang tidak mampu disaing oleh golongan lemah. Mereka bukan sahaja dapat menguasai rakyat melalui kuasa yang ada, malah mereka menundukkan rakyat melalui tipu helah yang bertopengkan kebaikan dan kepentingan rakyat (umum).
Fenomena ini terus berjalan dari zaman ke zaman. la adalah sandiwara hidup yang dipentaskan di dunia, cuma yang bertukar ialah pelakonnya sahaja. Sejarah lslam telah memaparkan melalui kisah-kisah al-Quran dan Sunnah tentang kepedihan dan ranjau-ranjau  yang pernah dilalui oleh para anbia dan Rasul-rasul a.s. serta pengikut-pengikut mereka dalam menyampaikan risalah Allah kepada manusia.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan mereka tidak menyeksa orang-orang Mukmin itu melainkan kerana orang-orang Mukmin itu beriman kepada Allah  Yang Maha Perkasa Lagi Maha Terpuji” - (al-Buruuj: 8).
Golongan yang mahukan kepada lslam seringkali dihina, dicemuh, ditohmah, difitnah dan berbagai lagi tindakan yang dilakukan oleh golongan kuffar yang berkuasa. Golongan ini terus menolak seruan yang dibuat sekalipun seruan dan dakwah itu untuk kebaikan mereka di dunia dan di akhirat.
Al-Quran telah memaparkan peristiwa pertarungan antara Nabi lbrahim a.s. dengan Namrud, Nabi Musa a.s. dengan pemerintahan Firaun dan akhirnya antara Nabi Muhammad SAW dengan pemimpin-pemimpin yang berkuasa di Mekah. Semua peristiwa ini menjadi contoh bagi meningkatkan keyakinan kita dalam perjuangan lslam yang kita dokong selama ini.
Sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang memakan masa lebih dari dua dekad adalah contoh terdekat untuk kita renungi dan pelajari. Para rasul sebelumnya hanya menghadapi satu barisan musuh sahaja iaitu kekuasaan dan kekuatan kuffar setempat. Keadaan ini berlainan dengan suasana yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW, di mana baginda terpaksa berhadapan dengan pelbagai kuasa kuffar dari dalam dan luar disamping penyatuan barisan di kalangan mereka yang mendakwa sebagai Muslim iaitu golongan munafiqin dengan kekuatan kuffar dalaman yang terdiri daripada kaum Yahudi dan musyrik Arab.
Meskipun demikian, seluruh barisan musuh telah dapat dipatahkan, malah ramai dari pengikut golongan kuffar telah memeluk lslam dan menerima ajarannya yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW itu, bahkan ikut memperjuangkannya pula.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang bathil telah hilang lenyap. Sesungguhnya yang bathil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap” - (al-lsra’: 81).
Sungguhpun Rasulullah SAW telah meninggalkan kita 14 abad yang lalu, tetapi risalah lslam terus berjalan dan berkembang. Generasi demi generasi terus mempertahankan risalah lslam dan memperjuangkannya dengan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran sama ada dalam bentuk yang sama seperti yang dihadapi oleh Rasulullah SAW atau cabaran dalam bentuk baru.
Sesungguhnya, musuh-musuh lslam mempunyai matlamat untuk menghancurkan lslam dan kekuatan ummahnya. Firman Allah yang bermaksud:
“Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya” - (at-Taubah: 32).
Hari ini gerakan lslam atau harakah lslam terus mewakili cabaran yang pernah dihadapi oleh Rasulullah SAW. Suasana yang dihadapi kian hari kian meruncing. Pendokong gerakan lslam kini terdiri daripada manusia biasa, keupayaan yang mereka miliki adalah terhad. Sementara penentang-penentang lslam semakin rakus dan ganas. Dalam keadaan serba terhad ini kita menghadapi gabungan kekuatan kuffar dan munafiqin  serta konspirasi hebat mereka.
Penentang gerakan lslam hari ini telah mempelajari pengalaman yang pernah dialami oleh kuasa kuffar dunia bahawa selagi mereka menentang lslam secara terbuka dan menggunakan kekerasan, selama itulah umat lslam tidak akan kecundang atau tunduk kepada mereka. Oleh itu mereka telah mengubah strategi yang dianggap sebagai baru iaitu dengan menunjukkan bahawa mereka bersimpati dengan lslam dan nasib ummahnya, malah ada di antara mereka yang mendakwa bahawa merekalah pejuang lslam yang sebenar.
Mereka menuduh gerakan lslam sebagai golongan yang menyeleweng, ekstrim, pelampau dan sebagainya. Mereka menonjolkan kepentingan maddi dan duniawi yang dapat mempesonakan orang-orang awam biasa dengan berselindung di sebalik slogan-slogan pembangunan yang kononnya selari dengan ajaran lslam.
Mereka menggunakan lslam untuk menentang lslam. Mereka mulai mencari ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang kononnya menyokong tindakan-tindakan mereka. Mereka melaksanakan program yang berbentuk agama yang dapat memberikan keuntungan kebendaan dan keduniaan, tetapi membiar dan merelakan kemungkaran dan kemaksiatan  bermaharajalela di hadapan mereka. Allah telah berfirman yang bermaksud:
“Dan demikianlah kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang besar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya” - (al-An’am: 123).
Kita hendaklah sedar bahawa apa juga bentuk rancangan jahat yang telah diatur oleh mereka bagi menghalang dan menentang lslam tidak mungkin berjaya, sebaliknya lslam akan terus berkembang dan mara ke hadapan.
“Dan sesungguhnya mereka telah membuat rancangan jahat mereka (untuk menentang lslam) sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walaupun rancangan jahat mereka itu dapat melenyapkan gunung-ganang” - (lbrahim: 46).
Dalam konteks negara kita Malaysia, PAS sebagai satu wadah perjuangan ummah hendaklah meneruskan perjuangan tersebut demi untuk keagungan lslam dan menegakkan perintah Allah di atas muka bumi ini. Justeru itu, PAS hendaklah tetap dengan identitinya disamping berkewajipan pula menyatu dan meningkatkan lagi perpaduan di kalangan ahli dan penyokong-penyokongnya.
Dengan kesepaduan sokongan daripada ahli-ahli dan penyokong, PAS bukan sahaja mampu menghadapi lawan dengan mudah, malah boleh mengerunkan pula mereka.
Untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan, semua ahli dan penyokong-penyokong PAS bermula dari peringkat pimpinan atas hinggalah kepada ahli-ahli biasa hendaklah sentiasa patuh dan taat kepada setiap arahan jamaah walaupun arahan-arahan itu berat dirasai.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
“Menjadi kewajipan atas setiap Muslim mendengar dan mematuhi sama ada dalam perkara yang ia suka atau tidak suka”.
Perlu ditegaskan bahawa PAS mempunyai syakhsiyahnya tersendiri dan ia bergerak serta berjuang mengikut peraturan dan khittah parti. Apa yang PAS lakukan adalah kesinambungan kepada apa yang pernah dilakukan oleh para pemimpin yang terdahulu. Sebagai jamaah yang mempunyai sikap dan syakhsiyahnya, perjuangan PAS tidak mungkin boleh dijual beli.
Atas sebab-sebab itu maka PAS, tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana pihak sekiranya ia boleh menjejaskan dasar dan syakhsiyah PAS. Sungguhpun demikian, PAS tetap mengamalkan sikap terbuka. PAS sedia berunding dan berbincang dengan sesiapa sahaja demi kebaikan ummah sama ada dari dalam atau luar negara.
PAS bukanlah sebuah gerakan yang memencilkan diri seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Di dalam negara, PAS telah bekerjasama dengan parti Melayu Semangat 46, Berjasa dan  Hamim bagi membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU). PAS bekerjasama dengan parti-parti ini kerana mereka menghormati dasar perjuangan PAS. Sebaliknya PAS tidak dapat bekerjasama dengan UMNO dan seumpamanya yang tidak dapat menerima dan menghormati dasar PAS. 
Sementara  diperingkat antarabangsa pula,  PAS mempunyai hubungan yang baik dengan beberapa gerakan lslam, dan hubungan ini begitu rapat sekali. PAS bersama gerakan tersebut (lslam) adalah kerana mereka memiliki dasar dan aspirasi matlamat yang sama dengan perjuangan PAS.  PAS juga sentiasa bersama-sama
dengan umat lslam di mana-mana sahaja,  terutamanya mereka yang ditindas, didera dan dizalimi.           
PAS pernah menyokong umat lslam di lran kerana PAS yakin mereka dizalimi. PAS juga bersama umat lslam  di lraq dalam menghadapi pakatan jahat Amerika dan sekutu-sekutunya dahulu. Komitmen PAS terhadap perjuangan umat lslam Palestin, Kashmir, Bosnia-Herzegovina, lndia, Rohingya, Moro Filipina, Afghanistan, Chechen dan lain-lain tetap tinggi, malah semakin meningkat.
Apa yang PAS lakukan adalah berdasarkan kepada ajaran lslam itu sendiri, di mana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidak beriman di antara kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya sendiri”.
Apabila PAS menyokong mana-mana negara lslam atau gerakan lslam, bukanlah bererti PAS telah diperalatkan oleh mereka. Sekali lagi dinyatakan bahawa PAS mempunyai visionnya yang tersendiri. PAS juga mempunyai dasar dan sikapnya sendiri. PAS tidak bersedia untuk diperalatkan oleh mana-mana pihak dan PAS tidak mungkin menerima sebarang arahan dari mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun luar.
Dasar dan pegangan PAS tidak lain adalah memperjuangkan lslam. Dasar ini tidak pernah berubah dari dahulu hinggalah sekarang. PAS bergerak dan bekerja adalah untuk kedaulatan lslam. PAS terus menjadikan lslam sebagai landasan perjuangan dan menjadikan lslam sebagai matlamat gerak kerjanya. PAS juga tidak pernah bercadang untuk mengikut jejak langkah orang lain yang sentiasa berubah dasar perjuangan mereka.
Bagi PAS, perubahan yang berlaku ke atas perjuangan musuh-musuhnya itu tidak lebih dilihat sebagai perjuangan yang mengutamakan kepentingan-kepentingan tertentu sama ada untuk kepentingan individu mahupun kepentingan kelompok. Apa yang penting bagi mereka ialah kemenangan dan keuntungan segera. Soal dasar dan prinsip tidak merupakan perkara pokok yang perlu dipertahankan oleh mereka.
Ada parti politik yang satu ketika dahulu begitu ghairah dan bersemangat kononnya memperjuangkan Melayu, tiba-tiba kini sudah tidak sepanas dahulu lagi. Sekarang apa yang ditonjolkan pula ialah perjuangan untuk membina kekayaan dan mahligai atas nama pembangunan dan kemajuan bangsa Melayu. Dakwaan untuk kemajuan bangsa Melayu itupun tidak lebih dari alasan rapuh untuk golongan tertentu meraih kekayaan peribadi. Hal ini terbukti apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang kononnya untuk menyusun semula masyarakat gagal mencapai saranannya mengikut masa yang ditetapkan. Masyarakat bawahan masih berada di tahap yang jauh di belakang jika dibandingkan dengan tokoh-tokoh yang memperjuangkan hak tersebut.
Para pemimpin mereka di semua peringkat lebih merupakan pendokong koperat dan usahawan dari pendokong perjuangan kebangsaan yang merupakan asas perjuangan awal mereka. Kedaulatan dan kepentingan bangsa Melayu sudah tidak kedengaran lagi. Bahkan telatah dan rentak gaya mereka menggambarkan bahawa bangsa Melayu yang dahulu sudah tidak sesuai lagi. Sebab itulah  mereka  memperkenalkan Melayu Baru pula. Mungkin mereka yakin bahawa dengan cara ini laluan mereka untuk meraih kekayaan dan kesenangan akan lebih mudah.
Kini kebangkitan lslam sudah menyerlah. lslam bangun di merata-rata tempat termasuk di barat dan di negara-negara bekas komunis (Soviet Union). Di negara kita sendiri rakyat telah mula sedar bahawa sistem lslam adalah alternatif kepada sistem yang diamalkan sekarang.
Fenomena ini merupakan arus  deras yang menggugat sesiapa sahaja yang cuba untuk menghalang kebangkitannya.

Wednesday 3 April 2013

British dan Umno Sama Kejam?

12 Disember 1948.satu sejarah hitam yag tidak boleh dipadamkan dari sejarah tanahair. ini bukti kerakusan dan kejamnya tentera british yang dikatakan datang membawa keamanan di tanah melayu ketika itu..

Ini adalah sebuah cerita pembunuhan beramai-ramai penduduk keturunan Cina di sebuah ladang getah oleh tentera british sebelum tentera penjajah itu membakar kampung mereka.

Platun ke-7, G Company, yang ke-2 daripada Pengawal Scotland mengepung sebuah kebun getah di Sungai Rimoh, Batang Kali, Selangor, di Malaya. 24 orang penduduk yang tidak bersenjata dan tidak bersalah telah dibunuh.

Tanpa kesempatan melarikan diri dan membela diri, penduduk perkampungan itu telah dituduh sebagai komunis, dalam kejadiaan itu seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri, selain itu isteri-isteri dan anak-anak mangsa melihat sendiri kejadian kejam itu dilakukan didepan mata mereka.

Pada 1 November 1949 Satu siasatan rasmi telah dijalankan terhadap arahan Attorney-General Malaya pada ketika itu. hasil daripada siasatan tersebut adalah AG berpuas hati yang ‘saspek-saspek (24 lelaki tersebut) mungkin berjaya melarikan diri jika askar-askar tersebut tidak melepaskan tembakan. Siasatan ini tidak pernah diketengahkan ke pengetahuan umum, atau dihantar ke ‘War Office’.

Apa yang menyebabkan peristiwa penting ini menjadi tragedi besar?, dan adakah mereka komunis seperti yang didakwa.

Satu kenyataan S urat Khabar Inggeris (The People) pada 1 Februari 1970 telah membongkar dan mengutuk pembunuhan kejam tersebut. Kenyataan bersumpah daripada Tentera British (bekas Pengawal Scotland) menunjukkan fakta-fakta yang berikut:-

i. patrol tersebut mendapat arahan awal untuk memusnahkan kampung berkenaan;
ii. ahli-ahli patrol telah diberi peluang untuk tidak melibatkan diri dengan pembunuhan itu;
iii. Mangsa-mangsa telah ditembak tanpa mencuba untuk melarikan diri; dan
iv. terdapat konspirasi untuk menipu soal siasat pada 1949.


Malah Setiausaha Pertahanan (Dennis Healy) mengarahkan Polis Penyiasat Scotland untuk menubuhkan pasukan tugasan khas (diketuai oleh Frank Williams) untuk menyiasat perkara ini. Hasil daripada siasatan ini, bukti yang kukuh telah dapat dikumpulkan, yang menunjukkan bahawa kejadian pembunuhan kejam di Batang Kali pada Disember 1948 memang sebenarnya telah berlaku.

Istilah Pembunuhan kejam digunakan kerana siasatan mendapati tindakan Platun ke-7, G Company adalah silap, mereka yang dibunuh bukan anggota komunis seperti yang didakwa..

Satu dokumentari BBC pada 9 September 1992 , menyiarkan laporan siasatan mengenai pembunuhan beramai-ramai tersebut yang bertajuk “In Cold Blood” disiarkan di United Kingdom dan mendedahkan bukti baru mengenainya.

Dokumetari tersebut menyiarkan laporan-laporan saksi-saksi dan mangsa-mangsa yang terselamat termasuk pengakuan sesetengah bekas Pengawal Scotland dan temuramah bersama Pegawai Polis Penyiasat Scotland yang telah menyiasat kes ini pada 1970. Ia jelas menunjukkan kesalahan Pengawal-pengawal Scotland berkenaan dan penipuan besar-besaran berkenaan pembunuhan tersebut. Walaubagaiamanapun, tiada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan UK selepas itu dan tiada pegawai British
yang telah ditahan.

Umnoapco sebelum ini sibuk menuduh orang itu dan orang ini komunis, walaupun t iada bukti nyata keterlibatan mereka secara langsung dengan komunis, ia sama seperti apa yang telah dilakukan oleh platun ke 7 tentera british dulu.

Fikirkan juga mengapa tentera Britain tergamak membakar sebuah kampung di Batang Kali itu hanya kerana bimbangkan ancaman komunis walaupun penduduk kampung itu sebenarnya tidak bersenjata mahupun membahayakan tentera terbabit,malah tiada bukti mereka terlibat secara langsung dengan komunis, adakah kerana mereka berbangsa cina maka mereka dilebelkan komunis?

Apa yang umnoapco lakukan sekarang sama, walaupun seseorang itu tidak dapat dibuktikan terlibat secara langsung dengan komunis, tetapi jika ia satu ancaman, ia perlu diburukkan dan dicop sebagai bahaya.-

PERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA III dan Seterusnya

Sudahnya sehingga hari ini, UMNO terus memerintah dengan menidakkan suara rakyat. ISA (Internal Act Security) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri yang ditubukan di Malaysia pada tahun 1960 bertindak untuk melindungi ’kisah-kisah dalaman’ para politikus tempatan. Bertindak untuk menghalang kebebasan bersuara khalayak. Getar-getar suara rakyat, disekat secukupnya. Jadi merdekakah kita sebagai rakyat yang tinggal dalam sebuah negara yang merdeka? Kini – Perjuangan fasa III diteruskan tetapi bukan menentang British lagi mahupun Portugis ataupun Belanda. Tetapi perjuangan fasa III ini menjerumus menentang bangsa sendiri yang telah buta hatinya dan lahap jiwanya dalam menelan anak bangsa sendiri.

Kini, secara hampir atau boleh jadi hanya kebetulan teori RAHMAN jadi kenyataan. Turutan Perdana Menteri Malaysia mengikut nama R.A.H.M.A.N(mungkin diambil sempena nama Perdana Menteri pertama atau nama Yang Di Pertuan Agong yang pertama yang mempunyai nama sama iaitu Rahman) semakin jadi kenyataan. Dimulakan dengan Tunku Abdul Rahman sendiri mewakili huruf ‘R’, disambung di bawah pemerintahan Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein mewakili huruf ‘A’, disambung lagi oleh Tun Hussein bin Dato Onn mewakili huruf ‘H’, disambung lagi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mewakili huruf ‘M’ dan kini disandang jawatan oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mewakili huruf ‘A’. Siapakah selepas beliau? Mungkin Najib akan mewakili huruf terakhir dalam turutan RAHMAN iaitu ‘N’? Wallahualam …
R = Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan
A = Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan
H = Tun Hussein Onn - Bapa Perpaduan
M = Tun Dr Mahathir Mohamad - Bapa Permodenan
A = Dato Seri Abdullah Badawi - Bapa Pembangunan Insan
N = ??? mat monggol kot?


Yang menimbulkan rasa geli hati pada aku ialah semuanya diberi gelaran ‘Bapa’. Berapa banyak ‘bapa’ yang akan kita ada untuk tahun-tahun yang akan datang. Cuba bayangkan… Tapi ‘Ibu’nya? Yang menjadi tanda tanya, apakah yang akan terjadi pada Malaysia selepas semua pemegang akaun simpanan RAHMAN selesai dan tutup akaun? Apakah benar-benar merdeka kita selepas itu? Apakah dijajah semula oleh bangsa asing? Apakah akan kiamat terus dunia? Tepuk dada tanya selera…
 

Kami bukanlah seorang politikus hebat mahupun seorang pemerhati tetap. Malah tiada terlintas lansung mahu menghambakan diri pada dunia yang penuh kekotoran ini. Terlalu kotor. Wang ringgit, nyawa, anak dara mahupun mak janda jadi barang permainan. Bahkan hati segelntir rakyat juga jadi santapan. Untuk apa semua ini? Sememangnya aku tak mahukan semua ini. Apa yang aku mahukan ialah untuk hidup aman-damai berbilang kaum dan bangsa dengan ketulusan memilih pemerintah sendiri. PEMERINTAH bukan pemimpin. USA yang cukup maju pun tak pernah panggil Presiden mereka ‘Pemimpin’, cukup dengan hanya ‘Mr. Presiden’. Mister = Encik / Tuan. Kalau tuan-tuan teliti maksud ‘Pemimpin’, maka sedarlah siapa yang sebenarnya layak memakai gelaran tersebut selain dari Nabi dan Rasul yang memimpin umat dan kaum-kaum tertentu.Jadi janganlah ada dari sesetengah dari geng - geng BPN yang begitu kecut kalau malaysia ini menjadi republik kerana di situlah kuasa rakyat sebenar,demokrasi yang tulen kalau tak percaya bandingkankan lah antara negara kita dan Indonesia,kita melaungkan slogan 1 Malaysia atau lebih tepat lagi dengan konsep One Nation tapi Indonesia sebuah negara Republik melayu yang paling berjaya menggerakkan konsep "one nation",Cubalah tanya masyarakat cina yang datang dari indonesia bahasa perbualan apakah yang mereka pertuturkan sesama sendiri? tapi kalau disini kita terpisah dengan konsep pengasingan bangsa yang dipupuk dengan semangat sentimen perkauman yang berpunca daru UMNO.
Anak-anak kita hari ini termasuk yang tua-tua tuli digula-gulakan dengan hebat sekali bahawasanya UMNOUMNO yang dikatakan membela nasib anak bangsa Melayu kini membiarkan anak bangsa terus layu. Sehingga kini masih belum wujud Universiti atau pusat pengajian tinggi Melayu secara sendirian berhad. Yang ada untuk dibanggakan tinggal UiTM(Universiti Tongongkan Melayu). Itu pun kerajaan punya, bukan bersifat sendirian berhad. Sedangkan bangsa lain dah ada ‘Private University’ walaupun hanya bertaraf ‘Koleh Universiti’ seperti Universiti Lim Kok Wing, Universiti HELPUniversiti Sunway dan beberapa nama lagi yang rata-rata dimiliki oleh bangsa asing. adalah pemimpin. Perdana Menteri adalah Pemimpin walhal mereka itu adalah pemerintah! Sebuah parti politik yang memerintah sebuah negara. Perdana Menteri sebagai pemegang tampuk sesebuah pemerintahan. Kapten kepada sebuah kapal.

UMNO yang dikatakan membela nasib anak bangsa membiarkan anak bangsa jadi Mat Rempit, Mat Pit (budak dadah) dan macam-macam benda yang tak elok dan tak senonoh. UMNO yang dikatakan sebuah parti Islam contoh membiarkan kelab-kelab malam dibuka merata selain bertari-tari sampai subuh. Islam Hadhari lah katakan… Islam tari menari ataupun Islam yang ada ‘had’ harinya.. Hari-hari tertentu sahaja Islam, hari lain jadi kafir. Sedangkan sepanjang perjuangan kisah Nabi dan sahabat, tak pernah keluar pun nama ‘Hadhari’ ni. Kalau ada dalam Al Quran, tak tahu lah…
"Hmm.. Entah lah… Seribu satu perkara yang aku nak tulis fasal United Musyrikun National Organization ni. Tapi tak mampu… Terlalu banyak kepesongan mereka ni yang aku nampak. Terlalu banyak ketidak adilan berlaku. terlalu kotor permainan politik mereka. Jadi benarkah merdeka? Bila sejarah bangsa dan tanah air diubah suai sana sini. Fakta bersepah dan digelapkan dari generasi akan datang. Bila kerajaan-kerajaan Melayu dulu menggunakan Islam dan Al-Quran jadi panduan dan undang-undang, mereka-mereka ini pula sesuka hati mengubah guna tulisan manusia buat jadi pedoman. Pak-pak menteri pula bertopengkan muka-muka baik, bibir ‘pink’ tanda mulus, kulit putih melepak tanda keturunan suci… Ya Allah… Tunjukkan lah kebenaran dalam masa terdekat ini. Amin!"
Sambutan Merdeka yang berlangsung baru-baru ini pada kami pejuang Demokrasi hanyalah sambutan ulang tahun UMNO, bapa kepada semua bapa di Malaysia ini… Dan pada pejuang - pejuang yang tulen masih tetap anggap kita belum merdeka selagi SPR belum telus dalam kerja 100%. SelagiUMNO tak kacau proses pilihanraya. Selagi UMNO tak bersungguh-sungguh membantu anak bangsa Melayu bukannya bersungguh-sungguh untuk menggemukkan poket masing-masing. Selagi orang ramai masuk UMNO demi kepentingan peribadi, yang sepatutnya berniat untuk membantu anak bangsa dan memartabatkan maruah agama bukan hanya mencari nama, harta dan pangkat… Dan sepuluh juta lagi perkarang yang berlaku dari dalam dan luar UMNO itu sendiri. Kesimpulannya, biarpun 50 tahun akan datang lagi, selagi UMNOUMNO dan talibarutnya…!!

Kerana sering penipuan demi penipuan untuk memutar - belitkan sejarah di lakukan untuk terus kekal berkuasa.Mereka juga bimbang untuk memberikan pendidikan yang lebih proaktif kepada generasi hari ini kerana bimbang mereka akan tahu penipuan sejarah akan terbongkar jua akhirnya,kerana bimbang jadi mereka jadi generasi yang cerdik kebenaran akan terbongkar dengan begitu mudah tidak seperti 40 tahun dahulu pada ketika mereka berjaya mengawal semua kuasa - kuasa Media.

PENIPUAN SEJARAH YANG DI LAKUKAN OLEH BN


Dalam negara kita ada beberapa Pembohongan sejarah yang dilakukan oleh UMNO/BN yang disebarkan. Pada ketika Penipuan ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka Penipuan ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan Penipuan - penipuan ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..


PENIPUAN PERTAMA:


Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Sarawak.

PENIPUAN KE DUA :

Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

PENIPUAN KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Angkatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

PENIPUAN KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

PENIPUAN KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner,Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan putih adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - putih hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera sang saka merah putih yang di gunakan oleh Singapura dan Indonesia juga menjadi latar belakang bendera UMNO dan PAS.

PENIPUAN KE ENAM :


Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpaduan Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Penipuan tentang perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkannya adalah geng ini.

PENIPUAN KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Penipuan ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya Geng algojo United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.


TEKNOLOGI TELAH MEMBONGKAR PENIPUAN UMNO/BN

Lihatlah betapa teknologi dan ilmu pengetahuan telah memecahkan penipuan - penupuan sejarah ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima penipuan tentang kemerdekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini penipuan ini telah terbongkar pecah. Dokumen-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan penipuan - penipuan yang lapuk dan berkarat ini. Teknologi akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh penipuan - penipuan. Tanpa penipuan manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesiapa sahaja kecuali fikrahnya yang tidak rasional.

(*Foto:Yang di-Pertuan Agong pertama Tuanku Abdul Rahman (dari kiri) bersama High Commissioner British bagi penubuhan Federation Sir Donald MacGillivray dan Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj.)

PERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA II

Perjuangan fasa kedua terhenti seketika tanpa dapat dimatikan bila Jepun memasuki Tanah Melayu pada 1942. Penampar Jepun membuatkan Melayu jadi lebih lemah dan menikus lari mencari tempat selamat. Ketakutan besar dari kalangan penduduk Melayu, Cina dan India telah menghasilkan PKM atau Parti Komunis Malaya (1930) dan bersekutu dengan Inggeris menentang Jepun. Apabila Jepun tewas setelah hanya ‘menyewa’ Tanah Melayu selama 3 tahun lebih sebelum menyerah kalah dalam Perang Dunia II, Inggeris kembali beraja.

Pemerintahan di Tanah Melayu secara amnya disambung semula oleh Inggeris dan diwujudkan Malayan Union iaitu Negeri-Negeri bersekutu Tanah Melayu. Dari sini, PKM mula ‘memberontak’ mencabar kewibawaan Inggeris yang belum mahu memberi kemerdekaan atau dalam erti kata lain, masih ingin ‘tinggal’ di Tanah Melayu. Perkataan ‘PKM memberontak’ hanya dapat didengar dan dibaca dari mulut dan buku-buku hari ini kerana mereka-mereka ini menentang Inggeris dan UMNO secara amnya walhal, PKM100% hilang dari lipatan sejarah negara. Mereka-mereka ini 100%telah dilabelkan sebagai penjahat, pemberontak, pengganas dan perosak imej negara. Kisah-kisah seperti peristiwa Bukit KepongPKM walhal, kalau para anda tahu, kaji dan selidik ‘kisah di sebalik kisah’ peristiwa Bukit Kepong, pasti mulut terlopong penuh tanda tanya… 


Walau bagaimana pun, nama-nama seperti Ahmad BoestamamRashid MaidinMokhtaruddin Lasso, Arshad Arshaari, Chin PengAbdullah C.D.,Shamsiah Fakeh dan beberapa nama lagi yang buta-buta dianggap sebagai musuh negara. juga adalah sebuah pertubuhan yang menuntut kemerdekaan tanah air. Mereka juga adalah pejuang bangsa, membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan asal usul.


Kebanyakkan nama dari golongan pejuang-pejuang ini telah dilabelkan sebagai musuh adalah kerana mereka-mereka ini telah giat menentang Inggeris selain dari UMNOUMNO yang sememangnya diketahui bersekongkol dengan British. Di sini saya ingin menegaskan bahawasanya, sesiapa yang kenal dan tahu akan kisah-kisah disebalik nama Tunku Abdul Rahman dan Sultan Abdul Hamid iaitu bapa kepada Tunku, pasti akan tersenyum membaca artikel ini dan pada sesiapa yang tiada tahu termasuk geng - geng BPN, mungkin akan melopong tertanya-tanya tanda belum merdeka.
Kalau anda semua mahu tahu di Kulim Kedah ada tempat yang bernama Kampung Lindungan Raja yang berhampiran dengan Sungai Sedim tempat para pelancung bermain ‘White Water Rafting’. Jadi kepada yang tahu asal usul Kampung Lindungan Raja, pasti tahu kisah disebalik nama Tunku Abdul Rahman dan Sultan Abdul Hamid. Kisah-kisah bagaimana Sultan yang memerintah negeri tidak mahu mengaku anak apabila anak dikatakan menderhaka. Kisah bagaimana si anak melarikan diri ke England pada ketika tanah air dijajah Jepun meninggalkan ayahanda bersama penduduk negeri dan membiarkan penduduk kampung menjaga makan minum dan pakaian sang Sultan. Tak percaya? pergilah ke Kampung Lindungan Raja untuk mendapatkan kisah-kisah tersorok ini. Wallahualam.
Bilamana UMNO yang menjadi kuda tunggangan British di Tanah Melayu mula berkuasa, maka kita ‘dimerdekakan’ dengan syarat menggunakan undang-undang yang dikarang British dengan mengenepikan undang-undang Islam dan Al-Quran khususnya (Undang-Undang Reed). Menegaskan tidak boleh berlaku sebarang rusuhan yang membabitkan perkauman dalam tempoh 50 tahun kemerdekaan (Ini adalah anatara sebab-sebab mengapa kisah-kisah seperti 13 Mei 1969Peristiwa Memali 1985Reformasi 1998, Kisah pertembungan kaum di Kampung Melayu Subang dan beberapa kisah lagi telah digelapkan dari media cetak dan elektronik tempatan) dan beberapa syarat-syarat yang dikenakan British untuk memberi laluan kepada UMNO memerintah.
Berita Harian 1957 sebelum "di ikat tangannya".



























PERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA I-

Percubaan serangan pertama Portugis ke atas Melaka pada tahun 1509 di bawah pimpinan Diego Lopez de Sequiera berjaya dipatahkan tentera Melaka tetapi Portugis melanggar lagi pada 1511 dengan Alfonso de Albuquerque sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua. Tepat waktu subuh Ogos 24, 1511, lepas solat subuh, Melaka mula secara sedikit-sedikit jadi makanan Portugis. Bermulalah era penjajahan keatas bangsa Melayu, kerajaan Melayu, adat resam Melayu. Segala yang Melayu ‘diPortugiskan’ oleh mereka, dan segala yang Portugis, kekal jadi Portugis. Jadi belum merdekalah kita pada masa itu. Portugis duduk seratus tahun lebih. Jadi raja yang batil. Jadi tuan memerintah tanah asing. Dari sini, timbullah nama-nama pembela bangsa seperti Hang NadimPanglima Awang (Henry The Black / Enrique of Malacca)Raja HajiDaeng KembojaPatih Unus dan ramai lagi disertai tentera pembela maruah dari segenap pelusuk Nusantara seperti Aceh, Jawa dan Demak bergilir-gilir menentang Portugis.
Panglima Awang yang melarikan diri dari pelayaran Ferdinand Magellan manjadi manusia pertama mengelilingi dunia (jika diambil kira asal usulnya dari Melaka kemudian belayar ke Eropah, sebelum kembali ke kepulauan Melayu dan Melaka secara amnya) dalam tahun 1521 kembali menyerang untuk membebaskan Melaka dari tangan Portugis. Perjuangan beliau disambung oleh anaknya selapas kematian beliau. Tak lama selepas itu, Laksamana Hang Nadim muncul pula berjuang dan mendapatkan semula Melaka dalam tahun 1525 iaitu 14 tahun selepas Portugis berkuasa. Tapi tak lama, Portugis merampas semula Melaka. Dalam tahun 1615 – 1629, angkatan tentera Aceh pula menyerang Melaka dan berjaya menawan Melaka selama beberapa bulan, sebelum jatuh lagi ke tangan Portugis dan kekal dijajah…
Selepas Portugis kenyang menelan Melayu dalam lebih kurang 125 tahun, mereka dinyahkan dari bumi Nusantara oleh Belanda. Belanda juga tak kurang rakus dan lahapnya. Semua Melayu yang telah ‘diPortugiskan’ oleh Potugis, ‘diBelandakan’ pula oleh Belanda. Belanda duduk 100 tahun lebih juga. Kehebatan Belanda membuatkan mereka menyewa Tanah Melayu selama 154 tahun bermula dari 1641 sehingga tahun 1795.
Secara ringkas gambaran pendudukan Belanda dalam perkiraan umur asas manusia secara rawak iaitu 50-60 tahun, jika seseorang dilahirkan dalam tahun 1641, maka saat orang itu mati – disambung pada anaknya dan anaknya mati – di sambung pada cucunya sehingga cucunya mati, barulah tamat pemerintahan Belanda dalam jumlah 154 tahun.
Perarakkan Kemerdekaan diketuai oleh Tunku membawa sepanduk meminta Chin Peng menunaikan janji untuk meletakkan senjata kerana Malaya sudah Merdeka.

Inggeris masuk ke Melaka dalam tahun 1795 dan mengambil alih pentadbiran sementara dari Belanda akibat ‘Napoleonic War‘ di Eropah. Dalam tahun 1824 mula menduduki Melaka secara sah dan menawarkan perikatan pada Belanda. Dalam tahun 1824, Perikatan Belanda -Inggeris pun dimertai. Bengkulu tempat permainan Laksamana Hang Tuah dan sahabat handai jadi pertukaran. Inggeris menyerahkan Bengkulu pada Belanda dan Melaka jatuh ke tangan Inggeris pula. Antara hasil dari Inggeris yang nampak hari ini ialah nama Bengkulu di abadikan sebagai nama jalan diSingapura dan dikenali dengan nama Bencoolen Street


Kehebatan Inggeris lebih terserlah dalam era-era berikutnya bila mula campur tangan dalam kuasa raja-raja Melayu. Institiusi raja-raja mula diperkotak-katikkan dan dilambung-lambung maruah bangsa sebelum dipijak lumat. Sistem Gabenor diperkenalkan dan secara langsungnya melumpuhkan Perlembagaan Diraja. Dari era inilah bermulanya perjuangan fasa ke dua. Dari sini bangkitnya nama-nama pembela bangsa Melayu seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Janggut, Si Bongkok Tanjung Puteri, Datuk Maharaja Lela dan ramai lagi yang telah dilupakan dan hampir luput nama meraka dari lipatan sejarah dan dari buku-buku teks sejarah sekolah menengah..dan mungkin rakan - rakan dari BPN pun tak kenal akan nama - nama ini.

Monday 1 April 2013

Sejarah Malaysia: Perjuangan Mencapai Kemerdekaan

5 Ogos 1957 - Gambar diambil sebelum perjanjian menandatangani penubuhan Federation of Malaya 1957. Tiga dari kiri (duduk): The Regent of Johore, SultanPerak, Raja Perlis, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Kedah, High Commissioner, Sir Donald MacGillivray, Sultan Pahang, SultanSelangor, Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu. Berdiri di belakang Sir Donald, ialah Chief Secretary, Sir David Watherston.
 
50 tahun berlalu sudah apabila genap tanggal Ogos 31. Malaysia jadi sebuah nama baru dalam memori kita, dalam memori orang-orang tua.Malaysia – Malayan Union – Malaya – Tanah Melayu – Tanah Segara Masin. Turutan nama tanah semenanjung dari saat kini balik ke saat ditemui orang-orang lari dari ’seberang’. Dari saat pembukaan Kedah Tua disambung ke Melaka, kemahsyuran Tanah Melayu tersohor seantero dunia sebelum dijajah beratus tahun dan mencapai kemerdekaan secara ‘konon-kononnya’ dalam tahun 1957…
 

Sepanjang lama mananya perjuangan orang-orang terdahulu untuk membebaskan tanah air dari penjajah dalam tempoh beratus tahun epilog perjuangan tanpa henti, sepanjang itu jugalah kami ingin membongkar kisah sebenar tentang KEMERDEKAAN ini yang pernah di dakwa oleh pengasas UMNO iaitu Dato' Onn Jaafar sebagai KEMREDEKAAN YANG SEPARUH MASAK. marah, kesal, sedih dan menangis bila mengenangkan betapa jauh perjalanan untuk mencapai sebuah kemerdekaan mulia.Semoga dapat kita jadikan pedoman dan warisan buat anak cucu dan generasi akan datang. Insyaallah!

PERMULAAN KERAJAAN
Kisah bermula bila kerajaan mulai wujud sekitar tahun 1136 / 1137 dengan kemunculan Kedah Tua sehingga kemunculan Melaka dalam tahun 1400. Kedaulatan Raja-Raja Melayu yang turun dari jurai keturunan Ahlul Bait menyinari kedamaian bumi timur. Kerajaan-kerajaan Nusantara jadi tonggak dan pertahanan sayap kiri bagi kerajaan agung Turki Utmaniah di Timur tengah. Nama-nama besar seperti Melaka, DemakAceh,PontianakSulu dan beberapa nama lain jadi penyambung wasilah dari MekahMadinahYaman dan lain-lain negeri di Tanah Arab. Perang salib antara Islam dan Kristian merebutkan Kota Jerusalam yang berlanjutan beratus tahun turut dibintangi oleh watak-watak tentera Melayu dan Nusantara khususnya. Tapi siapa tahu akan wujudnya fakta ini pada hari ini? Siapa tahu Melaka adalah sayap kiri Kerajaan Turki Utmaniah? Kalau tiada siapa yang tahu, merdekakah kita sebagai penyambung wasilah?

Bila kerajaan Melayu mula mahsyur, tersohor ke seantero dunia, Bahasa Melayu jadi bahasa utama pelaut, pedagang dan bahasa nombor dua dunia selepas bahasa Arab. Manusia bertutur dalam dialek Melayu di Melaka, di Arab, di China, di Eropah juga di negara Hindi. Itulah kehebatan orang Melayu dahulu. Bukan sekadar handal berurusan perihal politik, pentadbiran negeri, ketenteraan, malah bahasa sendiri jadi pegangan selain agama yang hak dan adat resam tinggalan warisan tua. Tapi hari ini, dikala kita merdeka, Bahasa Melayu makin jatuh ke tangga entah nombor berapa dalam gelanggang bahasa utama dunia. Bahasa Melayu jadi ‘bahasa antah berantah’… Tanah Melayu dan Melaka secara amnya mula jadi tempat tinggal bersama bagi kaum Melayu, Cina, India, Arab, Parsi, Siam dan beberapa kaum dan bangsa lain lagi. Pada ketika ini, Nusantara secara amnya telah menjadi ‘The United States’ hampir 400 tahun sebelum kewujudan USA (1776)!


Kalaulah golongan hari ini sedar akan kekhilafan kita sebagai bangsa yang lupa atau golongan hari ini tahu akan asal usul bangsa Melayu selain yang dikatakan bangsa ‘lari’ dalam dialek Jawa, pasti mereka terpegun dengan kehebatan orang dulu. Pasti tergamam tak terkata. Pasti merdeka hati, fikiran dan jasadnya. Maka merdekalah mereka yang sebenar-benarnya merdeka.
 

Bila dikatakan tentang Jawa, jangan pula ada yang berselisihan dari segi Melayu-Jawa kerana orang Jawa juga dalam rumpun Melayu selain DeliAsliJatiMinangBugis dan pelbagai lagi pecahan rumpun Melayu. Pelik? Jangan bingung! Melayu sendiri memang didalangi pelbagai rumpun lain sebelum dapat jadi sebuah bangsa yang satu. Seperti kisah asal usul nama ACEH. Asal usul kisah penyatuan empat bangsa utama dunia sebelum jadi Melayu. Tapi siapa yang tahu akan asal usul nama Aceh pada hari ini? Mungkin sedikit yang ingin mengkaji, mungkin ramai juga yang cukup mengaji tapi tiada mahu mencurah ilmu kembali buat tatapan anak cucu keturunan bangsa… Jadi merdekakah mereka?
Lantas bila Portugis dan negeri-negeri lain yang berpegang teguh pada ajaran ‘Yesus Kristus’ dan yang kalah teruk dalam perang salib di Timur Tengah walaupun dipimpin raja agung Richard The Lion Heart, mereka mula cuba cari kelemahan Turki Utmaniah, cuba cari kelemahan tentera dan murid Salahuddin Al Ayyubi, tapi tiada kelihatan. Maka pandangan si musuh meneroka jauh ke timur, lalu Melaka jadi sasaran dendam agama beratus tahun.
Siapa kata Portugis serang Melaka atas dasar ingin monopoli perniagaan rempah atau kuasai perdagangan laut bumi timur semata-mata? Sejarah sebenar telah diubah dari buku teks pendidikan sekolah hari ini membuat anak-anak lupa lantas jadi sasau mengenang arah tuju bangsa. Tujuan Portugis tidak lain dan tidak bukan berlandaskan 3G! Bukanlah 3G yang ada dalam talian telefon bimbit hari ini, tetapi God, Glory and Gold! Kerana tuhan. Kerana agama jadi agenda utama… Dendam perang salib belum terpadam dalam jiwa.


MATLAMAT PERJUANGAN PAS


SEPERTI mana yang telah digariskan dalam Perlembagaan PAS, matlamat perjuangan PAS pada prinsipnya tidak pernah berubah, sama ada pada waktu ini, sebelumnya atau sejak awal penubuhannya dahulu, iaitu memperjuangkan sehingga terlaksananya peraturan dan hukum-hukum Allah dalam sebuah masyarakat dan pemerintahan di negara ini. Matlamat inilah yang telah diperjuangkan oleh PAS sejak dahulu hingga sekarang.
Dalam undang-undang tubuh PAS Bab Pertama (Fasal 2, Ceraian 2) telah menerangkan secara jelas perkara tersebut iaitu: “Memperjuangkan cita-cita lslam dalam masyarakat dan urusan pemerintahannegara. Sementara dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) Bab Ketiga (Fasal 5, Ceraian 1) telah menyebutkan: “Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah”.
Walaupun matlamat yang diperjuangkan ini tidak pernah ada perubahan, namun tidak dapat dinafikan bahawa dari segi penekanan yang diberikan mungkin terdapat sedikit perbezaan.
Perbezaan yang dimaksudkan di sini ialah mungkin pada peringkat awal penubuhannya dahulu PAS lebih menekankan kepada betapa pentingnya kemerdekaan negara serta tuntutan-tuntutan berhubung dengannya (seperti yang disebutkan dalam Fasal 2, Ceraian 1 undang-undang tubuh PAS yang berbunyi: “Menjalankan ikhtiar dan langkah dengan tujuan menegakkan kemerdekaan negara dan umat lslam”, dan kemudian barulah memperjuangkan cita-cita lslam dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara. Tetapi setelah kemerdekaan negara dicapai, cita-cita memperjuangkan kewujudan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukum yang menuju kepada keredhaan Allah menjadi matlamat utama disamping mempertahankan kesucian lslam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara yang menjadi perkara pokok kedua.
Sebagai sebuah parti politik yang dasarnya adalah lslam, tujuan pertama dari matlamat perjuangan PAS di awal penubuhannya dahulu, iaitu untuk mendapatkan kemerdekaan negara adalah satu perkara yang wajar. Kemerdekaan ketika itu adalah tugas pokok yang pertama kerana dengan kemerdekaan (menghapuskan penjajah), ia akan menjadi alat atau jambatan yang boleh menyampaikan kepada terlaksana cita-cita seterusnya, iaitu mewujudkan sebuah masyarakat dan negara lslam.
Tidak mungkin ideologi atau cita-cita yang diperjuangkan oleh PAS itu dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya negara masih hidup di bawah kongkongan penjajah.
Justeru, kemerdekaan bagi PAS dan seluruh umat lslam adalah mengandungi nilai yang besar dan tinggi. PAS bukan sahaja berpendapat memperjuangkan kemerdekaan negara merupakan satu kewajipan politik, tetapi  ia lebih  daripada  itu. Demi kehormatan dan kemuliaan hidup, memperjuangkan kemerdekaan negara bagi melepaskan diri dari ikatan penjajahan asing  adalah  satu  perkara  yang  mesti ditunaikan kerana ia juga merupakan satu perintah agama dan perintah Tuhan yang wajib dilaksanakan.
Adalah menjadi satu kesalahan dari segi hukum bagi orang-orang lslam yang duduk di bawah penjajahan asing atau orang yang tidak seagama dengannya. Tegasnya, PAS mentafsirkan bahawa kemerdekaan yang diperjuangkan itu mestilah kemerdekaan yang dapat melepaskan umat lslam dan negara dari sebarang rupa bentuk penjajahan oleh orang-orang yang bukan beragama lslam baik dalam politik, ekonomi, sosial mahupun kebudayaan.
Tidaklah besar erti kemerdekaan bagi PAS sekiranya perjuangan kemerdekaan berhasil bagi menghapuskan satu penjajahan asing, tetapi digantikan pula dengan penjajahan lain oleh orang yang seumpama itu.
Untuk mencapai apa yang diperjuangkan itu, PAS menekankan supaya martabat lslam hendaklah diutamakan serta diletakkan di tempat yang sewajarnya, dan ia tidaklah harus digadaikan hanya semata-mata kerana inginkan kemerdekaan.
Kesungguhan PAS untuk memastikan negara ini tidak terlepas daripada penguasaan Melayu-lslam inilah yang menyebabkan salah satu tuntutan PAS kepada Suruhanjaya Reid melalui memorandum balasnya adalah menjadikan lslam sebagai agama rasmi negara. Tuntutan PAS ini walaupun pada mulanya tidak dilayan oleh British dan tidak pula disokong oleh parti-parti politik lain, khususnya UMNO, namun setelah menyedari reaksi kurang senang orang Melayu-lslam terhadap Suruhanjaya itu, maka pemimpin-pemimpin UMNO mencadangkan supaya “peruntukan agama lslam sebagai agama Persekutuan” di masukkan dalam draf Perlembagaan negara.
Bagi PAS apabila sahaja lslam terpelihara dan dapat dipertahankan, secara tidak langsung kedudukan, taraf, hak dan kepentingan orang Melayu dapat diselamatkan. lni kerana orang Melayu itu adalah suatu yang tidak dapat dipisahkan dengan lslam.
Namun begitu, UMNO telah melakukan suatu pengkhianatan apabila melalui memorandum balasnya kepada Suruhanjaya itu (Reid) telah menjelaskan bahawa “peruntukan agama lslam sebagai agama Persekutuan”sama sekali tidak menjadikan negara ini sebagai sebuah negara lslam.
Menyedari hakikat tersebut, bagi mengisi ruang kekosongan kemerdekaan itu, PAS melalui perjuangan politiknya yang meletakkan lslam sebagai ideologi dan pegangan hidup telah bertindak meningkatkan perjuangannya dengan cita-cita memperjuangkan lslam dalam masyarakat dan negara.
Bagi mencapai tujuan tersebut, PAS telah mengemukakan beberapa dasar lslamnya, yang antaranya termasuklah sebagaimana yang disebutkan di awal dahulu.
Oleh kerana matlamat yang diperjuangkan oleh PAS adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang terlaksana di dalamnya hukum-hukum lslam, maka sudah tentulah landasan yang perlu dilalui oleh PAS dalam perjuangannya itu adalah lslam. Dengan itu juga tidaklah menghairankan sekiranya sumber hukum yang tertinggi dalam pegangan PAS ialah al-Quran, Sunnah Rasulullah serta ljmak ulama dan Qias yang terang dan nyata.
PAS percaya bahawa hanya dengan lslam sahajalah negara dan masyarakat dapat dibawa ke arah keselamatan dan kebahagian yang sebenar-benarnya. Dengan itu, tugas menegakkan sebuah negara lslam ini adalah menjadi kewajipan pokok yang akan terus diperjuangkan oleh PAS.
Tambahan pula di dalam al-Quran secara terang dan jelas Allah telah meletakkan golongan manusia yang tidak suka atau tidak mahu melaksanakan peraturan atau hukum-hukum-Nya dalam kehidupan sebagai golongan yang telah zalimfasik dan kufur.
Dari itu wujudlah perbezaan di antara perjuangan PAS dengan parti-parti politik lain di negara ini khususnya UMNO dan kerabatnya, yang mana parti-parti tersebut tidak menjadikan lslam sebagai matlamat utama mereka.Dan pertembungan di antara PAS dan UMNO itu adalah merupakan antara yang haq dan bathil.  

MENGAPA PAS BERKAWAN DENGAN DAP, TOLAK UMNO

Ramai kawan-kawan yang bertanya kepada saya mengapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Mereka berkata ramai yang bertanya soalan tersebut dan ianya gagal dijawab oleh mereka.

Secara mudahnya ingin saya nukilkan sedemikian:

1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.

2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.

3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa?

4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan.

5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.

6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian.

7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa.?

8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI?

9) DAP tidak pernah merampas dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1974 kini Umno gila talak dan kembali rujuk kepada PAS.

11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung

12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula?

13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah.

14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya.

15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat .......

16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia.

DAN BANYAK LAGI ..........

Kalau kita lihat dari sudut agama dan siyasah syar'iyyah :-

1) Majlis Syura Ulama' PAS telah bersidang dan meluluskan Tahaluf Siyasi itu persefahaman politik antara PAS dan DAP serta PKR selagi ianya tidak menjejaskan Islam. Ini ditegaskan oleh Presiden PAS baru-baru ini bahawa sehingga kini PAS yakin tidak satu pun kepentingan Islam terjejas dengan persefahaman ini.

2) Nabi Muhammad S.A.W pernah mengadakan persefahaman dengan orang bukan Islam, Nabi pernah menandatangani Perjanjian Hudaibiyyah, menerima ketaatan umat Yahudi di Madinah sebaik sahaja baginda menjadi pemerintah Madinah. Malah orang bukan Islam menjadi penunjuk jalan yang selamat kepada Baginda ketika baginda berhijrah dari Mekah dan Madinah.

3) Dasar Umno yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan; Al Qur'an dan Sunnah serta Ijmak dan Qias sebagai rujukan dan panduan tidak selari dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

.............dan lain-lain.

Moga tulisan ringkas ini mampu menjadi panduan ringkas kepada teman-teman hamba.

Nukilan:@ Haziq Danial Fauzan, Melaka 16032013.