Panglima Awang yang melarikan diri dari pelayaran Ferdinand Magellan manjadi manusia pertama mengelilingi dunia (jika diambil kira asal usulnya dari Melaka kemudian belayar ke Eropah, sebelum kembali ke kepulauan Melayu dan Melaka secara amnya) dalam tahun 1521 kembali menyerang untuk membebaskan Melaka dari tangan Portugis. Perjuangan beliau disambung oleh anaknya selapas kematian beliau. Tak lama selepas itu, Laksamana Hang Nadim muncul pula berjuang dan mendapatkan semula Melaka dalam tahun 1525 iaitu 14 tahun selepas Portugis berkuasa. Tapi tak lama, Portugis merampas semula Melaka. Dalam tahun 1615 – 1629, angkatan tentera Aceh pula menyerang Melaka dan berjaya menawan Melaka selama beberapa bulan, sebelum jatuh lagi ke tangan Portugis dan kekal dijajah…Selepas Portugis kenyang menelan Melayu dalam lebih kurang 125 tahun, mereka dinyahkan dari bumi Nusantara oleh Belanda. Belanda juga tak kurang rakus dan lahapnya. Semua Melayu yang telah ‘diPortugiskan’ oleh Potugis, ‘diBelandakan’ pula oleh Belanda. Belanda duduk 100 tahun lebih juga. Kehebatan Belanda membuatkan mereka menyewa Tanah Melayu selama 154 tahun bermula dari 1641 sehingga tahun 1795.
Secara ringkas gambaran pendudukan Belanda dalam perkiraan umur asas manusia secara rawak iaitu 50-60 tahun, jika seseorang dilahirkan dalam tahun 1641, maka saat orang itu mati – disambung pada anaknya dan anaknya mati – di sambung pada cucunya sehingga cucunya mati, barulah tamat pemerintahan Belanda dalam jumlah 154 tahun.Perarakkan Kemerdekaan diketuai oleh Tunku membawa sepanduk meminta Chin Peng menunaikan janji untuk meletakkan senjata kerana Malaya sudah Merdeka.
Inggeris masuk ke Melaka dalam tahun 1795 dan mengambil alih pentadbiran sementara dari Belanda akibat ‘Napoleonic War‘ di Eropah. Dalam tahun 1824 mula menduduki Melaka secara sah dan menawarkan perikatan pada Belanda. Dalam tahun 1824, Perikatan Belanda -Inggeris pun dimertai. Bengkulu tempat permainan Laksamana Hang Tuah dan sahabat handai jadi pertukaran. Inggeris menyerahkan Bengkulu pada Belanda dan Melaka jatuh ke tangan Inggeris pula. Antara hasil dari Inggeris yang nampak hari ini ialah nama Bengkulu di abadikan sebagai nama jalan diSingapura dan dikenali dengan nama Bencoolen Street…
Kehebatan Inggeris lebih terserlah dalam era-era berikutnya bila mula campur tangan dalam kuasa raja-raja Melayu. Institiusi raja-raja mula diperkotak-katikkan dan dilambung-lambung maruah bangsa sebelum dipijak lumat. Sistem Gabenor diperkenalkan dan secara langsungnya melumpuhkan Perlembagaan Diraja. Dari era inilah bermulanya perjuangan fasa ke dua. Dari sini bangkitnya nama-nama pembela bangsa Melayu seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Janggut, Si Bongkok Tanjung Puteri, Datuk Maharaja Lela dan ramai lagi yang telah dilupakan dan hampir luput nama meraka dari lipatan sejarah dan dari buku-buku teks sejarah sekolah menengah..dan mungkin rakan - rakan dari BPN pun tak kenal akan nama - nama ini.
No comments:
Post a Comment