OLEH : MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI
PENGENALAN KEPADA KHOMEINI
Khomeini atau disebut oleh pengikutnya sebagai Ayatullah Ruhullah Khomeini yang membawa maksud Khomeini Ayat dan Ruh Allah.
Khomeini merupakan figur atau tokoh sejarah dunia yang agung dan terkenal kerana dialah pengasas Republik Islam Iran dan berjaya menggulingkan Shah Muhammad Reza Pahlavi pada tahun 1979 M melalui Revolusi Islam Iran.
Khomeini dilahirkan di bandar Khomein yang terletak di arah Barat Daya Tehran, ibu negara Republik Iran pada tahun 1902 M/ 1320 H. Nama sebenarnya Mustafa Ahmad al-Musawi al-Khomeini. Datuknya Ahmad berasal daripada India kemudian berhijrah ke Iran pada tahun 1885 M. Bapanya mati dibunuh setahun setelah kelahirannya dan ketika dia hampir baligh, ibunya meninggal dunia. Dia dibesarkan oleh abangnya dan mendalami ajaran Syiah sehingga menjadi seorang ulama Syiah. Pada tahun 1965 M, Shah Muhammad Reza Pahlavi telah membuang Khomeini ke Turki kemudian dia meminta izin supaya dibuang ke Iraq lalu mendapat kebenaran Syah dan pemerintah Iraq. Dia tinggal di Iraq selama 15 tahun dan menjadikan Najaf sebagai tempat tinggalnya. Dia tidak melancarkan apa-apa serangan terhadap Syah Iran sehinggalah tahun 1968 M apabila Parti Baath memerintah Iraq. Parti Baath mengalu-alukan para penentang Syah Iran dan Khomeini diberi kedudukan istimewa sehingga dia diberi slot radio tersendiri untuk mengembangkan idea revolusinya.
Kerajaan Iraq memberikan Khomeini kebebasan dan keistimewaan sehingga permohonannya supaya hukuman mati terhadap Syed Hasan Syirazi ditarik balik turut diperkenan kerajaan Revolusi Iraq. Bahkan Saddam Husein selaku Timbalan Ketua Majlis Revousi Iraq menerima permohonan tersebut.
Kemudian, dia cuba untuk berpindah ke Kuwait setelah kerajaan mengenakan sedikit sekatan ke atasnya tetapi kerajaan Kuwait enggan membenarkan lalu kerajaan Iraq berkenan untuk menerimanya kembali.
Pada tahun 1978 M, Khomeini meninggalkan Iraq lalu pergi ke Paris dan menetap di sana sehinggalah kejatuhan Syah Iran pada tahun 1979 M. Apabila jatuhnya Syah Iran, Muhammad Reza Pahlavi, Khomeini diangkat sebagai pemimpin agung Iran dikenali sebagai (Ruhbar). Pada tahun 1989 M ketika berumur 89 tahun.
AKIDAH KHOMEINI
Khomeini adalah pengikut setia ajaran Syiah Imam Dua Belas atau dikenali juga sebagai Syiah Imamaiah, Syiah Jaafariah, dan al-Rafidah.
Khomeini dalam menjalankan pemerintahan berteraskan bahawa dia adalah wakil kepada Imam al-Hujjah al-Qaim al-Mahdi al-Muntazar, Muhammad bin Hasan al-Askari iaitulah imam Syiah ke-12 yang kononya ghaib dan akan datang semula di akhir zaman. Berikut beberapa pandangan akidah Khomeini :
PERTAMA : WILAYATUL FAQIH
Konsep wilayatul faqih bermaksud, Ruhbar yakni Pemimpin Tertinggi Iran adalah wakil kepada Imam ke-12 yang ghaib dan hendaklah wakil ini daripada kalangan ulama dan maraji’ Syiah.
Konsep ini adalah warisan daripada Dinasti Safawiah iaitulah kerajaan Syiah Iran yang pertama dan sekaligus kerajaan Syiah Imamiah yang pertama di atas muka bumi di mana Syah Ismail al-Safawi mengisytihar dirinya sebagai wakil Imam Ghaib. Akidah ini membolehkan pemerintah yakni al-Faqih tadi berbuat sesuka hati tanpa ditentang kerana menurut Khomeini, al-Faqih ini memiliki Ilmu yang sempurna dan Keadilan yang mutlak. Berkata Khomeini :
لو قام الشخص الحائز لهاتين الخصلتين بتأسيس الحكومة تثبت له نفس الولاية التي كانت ثابتة للرسول الأكرم – صلّى الله عليه وآله وسلّم -، ويجب على جميع النّاس إطاعته
Maksudnya : “jikalau bangun seseorang yang cukup dua perkara ini (ilmu dan adil) dengan mendirikan kerajaan maka sabit baginya kekuasaan yang sama yang sabit bagi Rasul yang paling mulia s.a.w dan wajib atas sekalian manusia mentaatinya”. [al-Hukumah al-Islamiah, 80].
Akidah ini adalah kufur kerana menyamakan ‘kekuasaan’ Faqih dengan ‘kekuasaan’ Rasul sedangkan menurut Islam, pemerintah selepas Rasul itu hanya sama daripada segi tugas bukan kekuasaan kerana Rasul berhak menghalal dan mengharamkan adapun pemerintah hanya memastikan manusia mengikut undang-undang yang telah Allah dan Rasul-Nya tetapkan.
Melalui konsep ini, Khomeini meletakkan dirinya sama dengan Rasul dan Imam-imam Syiah dalam kekuasaan walaupun tidak sama dari segi kedudukan dan martabat. Oleh itu, terdapat beberapa ulama Syiah sendiri menentang konsep ini.
KEDUA : IMAM SYIAH DAN KEDUDUKAN MEREKA
Berkata Khomeini :
من ضروريات مذهبنا أنه لا يصل أحد إلى مراتب الأئمة – عليهم السّلام – المعنوية. حتى الملك المقرّب، والنّبي المرسل.
Maksudnya : “termasuk perkara daruri mazhab kita (Syiah) bahawa sesungguhnya tidak ada seorang pun yang boleh mencapai martabat Imam-imam ‘alaihimussalam secara maknawi bahkan Malaikat yang hampir dengan Allah dan Nabi yang diutuskan pun (tidak akan sama dengan Imam Syiah)”. [al-Hukumah al-Islamiah, 84].
Menurut Khomeini, Imam-imam syiah adalah lebih hebat daripada Nabi-nabi dan para Rasul serta Malaikat. Akidah ini merupakan akidah umum Syiah Imamiah sebagaimana yang disebut dalam kitab agung mereka Usul al-Kafi :
قال أبو عبد الله » أن عندنا والله سرا من أسرار الله وعلما من علم الله، والله ما يحتمله ملك مقرب ولا نبي مرسل«
Maksudnya : “Berkata Abu Abdullah (yakni Jaafar al-Sadiq) : Sesungguhnya di sisi kami (yakni para Imam Syiah) rahsia daripada rahsia-rahsia Allah dan ilmu daripada ilmu-ilmu Allah, demi Allah, tidaklah dibawa (yakni rahsia dan ilmu ini) malaikat yang dekat (dengan Allah) dan Nabi yang diutuskan (Rasul)”. [al-Kafi, 1/331, Kitab al-Hujjah].
Akidah ini adalah kufur kerana Ahli Sunnah wal Jamaah telah bersepakat mengkafirkan Ibn Arabi al-Sufi apabila dia mengatakan Wali lebih afdal daripada Nabi sedangkan Ahli Sunnah wal Jamaah telah bersepakat : ‘Seorang Nabi lebih afdal (utama) di sisi Allah daripada sekalian wali’[Syarh al-Tahawiah, 1/504 dan selepasnya].
KETIGA : RUBUBIAH PARA IMAM
Akidah Syiah Imamiah percaya Imam mempunyai kuasa sebagaimana kuasa Tuhan dalam mentadbir ‘alam ini. Ini merupakan kekufuran yang lebih daripada kekufuran Abu Lahab dan Abu Jahal. Berkata Khomeini :
إذ للإمام مقامات معنوية مستقلة عن وظيفة الحكومة. وهي مقام الخلافة الكلية الإلهية التي ورد ذكرها على لسان الأئمة – عليهم السّلام – أحياناً. والتي تكون بموجبها جميع ذرات الوجود خاضعة أمام “ولي الأمر”.
Maksudnya : “ini kerana bagi imam itu kedudukan-kedudukan maknawi yang tersendiri terpisah daripada tugasan pentadbiran iaitulah keududukan Khilafah yang menyeluruh bersifat ketuhanan yang sabit penyebutannya daripada Imam-imam dan yang dengannya sekalian zarrah yang wujud tunduk kepada Waliyyul Amri (Imam)”. [Al-Hukumah Al-Islamiah, 84].
Perkataan Khomeini ini merujuk kepada akidah Syiah dalam Kitab al-Kafi :
أَ مَا عَلِمَتْ أَنَّ الدُّنْيَا وَ الْآخِرَةَ لِلْإِمَامِ يَضَعُهَا حَيْثُ يَشَاءُ وَ يَدْفَعُهَا إِلَى مَنْ يَشَاءُ جَائِزٌ لَهُ ذَلِكَ مِنَ اللَّهِ
Maksudnya : “tidakkah engkau tahu bahawa dunia dan akhirat itu untuk Imam, dia mengurusnya sekehendaknya dan dia memberinya kepada sesiapa yang dia hendaki harus baginya daripada Allah”. [Kitab al-Kafi bi Tahqiq al-Majlisi wal Bahbudi, 4/350, m.s 409].
Dalam Biharul Anwar dinyatakan :
عن أبي عبد الله قال « والله لقد أعطينا علم الأولين والآخرين. فقيل له: أعندك علم الغيب؟ فقال له: ويحك! إني لأعلم ما في أصلاب الرجال وأرحام النساء»
Maksudnya : Daripada Abu Abdullah (Jaafar al-Sadiq) katanya : “Demi Allah telah diberi kepada kami (yakni para Imam Syiah) ilmu golongan terdahulu dan terkemudian”. Maka ditanya kepadanya : Adakah kamu mempunyai ilmu ghaib? Maka jawabnya : “Cis kamu! Sesungguhnya aku mengetahui apa yang ada dalam sulbi lelaki dan rahim wanita”. [Bihar al-Anwar, 27/26].
Akidah ini jelas kufur kerana menyandarkan hak tasarruf dalam kerajaan Allah kepada makhluk dan mendakwa ilmu ghaib berada pada makhluk.
Firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 26 :
قُلِ اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثُوا لَهُ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَبْصِرْ بِهِ وَأَسْمِعْ مَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا يُشْرِكُ فِي حُكْمِهِ أَحَدًا
Maksudnya :“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya (terhadap segala-galanya)! tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Dia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya” .
Dan firman-Nya dalam surah Luqman ayat 34 :
إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Maksudnya : “Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuanNya” .
KEEMPAT : KESEMPURNAAN SYARIAT ISLAM
Khomeini berkeyakinan bahawa syariat Islam belum sempurna sehingga datangnya Imam Mahdi yang Ghaib itu. Akidah ini sangat-sangat kufur kerana firman Allah s.w.t :
الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
Maksudnya :”pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu..”. – [Al-Maidah : 3]
Sedangkan menurut Khomeini :
فكل نبي من الأنبياء إنما جاء لإقامة العدل وكان هدفه هو تطبيقه في العالم، لكنه لم ينجح وحتى خاتم الأنبياء (ص) الذي كان قد جاء لإصلاح البشر وتهذيبهم وتطبيق العدالة فإنه هو أيضا لم يوفق. وإن من سينجح بكل معنى الكلمة ويطبق العدالة في جميع أرجاء العالم هو المهدي المنتظر.
Maksudnya : “Maka setiap Nabi itu datang untuk menegakkan keadilan dan matlamatnya adalah melaksanakannya dalam alam tetapi dia tidak berjaya sehinggakan Penutup sekalian Nabi s.a.w sekalipun yang telah datang untuk memperbaiki keadaan manusia, mendidik mereka, dan menegakkan keadilan tetapi sesungguhnya baginda juga tidak berjaya. Adapun yang akan berjaya dalam usaha ini dan menegakkan keadilan di segenap penjuru alam adalah al-Mahdi al-Muntazar”. [Mukhtarat min Ahadis wa Khutab al-Khomeini, 42].
Ucapan Khomeini amat buruk adabnya dengan Rasulullah s.a.w dan dengan sekalian Nabi dan Rasul serta kufur kepada Allah s.w.t.
KELIMA : KEDUDUKAN SAHABAT DAN SALAF SOLEH
Khomeini memusuhi para sahabat Nabi s.a.w terutama Abu Bakar, Umar, Usman dan Muawiyah radiallahu’anhum. Ini jelas dalam kenyataannya :
بعد رحلة الرّسول الأكرم صلّى الله عليه وآله وسلّم لم يسمح المعاندون وبنو أمية لعنهم الله باستقرار الحكومة الإسلامية بولاية علي بن أبي طالب عليه السلام.لم يسمحوا بتحقق الحكومة التي كانت مرضية عند الله تعالى وعند الرّسول الأكرم صلّى الله عليه وآله وسلّم وفي النتيجة بَدَّلوا أساس الحكومة.
Maksudnya : “selepas kewafatan Rasul yang mulia s.a.w para penentang (yakni sahabat) dan Bani Umaiah –semoga mereka dilaknat Allah- tidak membenarkan berdirinya kerajaan Islam di bawah pemerintahan Ali bin Abi Talib a.s. Mereka tidak membenarkan terlaksananya kerjaan yang diredai allah dan Rasul yang mulia s.a.w dan natijahnya mereka mengubah asas kerajaan”. [al-Hukumah al-Islamiah, m.s 60].
Khomeini mencaci Muawiyah r.a dengan katanya :
وهكذا تكون حكومة العدل الإسلامية، فهي ليست كتلك الحكومات التي تسلب الشعب الأمن، وتجعل النّاس يرتجفون في بيوتهم خوفاً من مفاجآتها وأعمالها. كما كان الأمر في حكومة معاوية وأمثالها من الحكومات، حيث سلب النّاس الأمن
Maksudnya : “dan demikianlah kerajaan Islam yang adil, maka ia tidak sama dengan kerajaan-kerajaan yang mencabut keamanan rakyat dan menjadikan mereka takut berada dalam rumah mereka sendiri daripada serangan pegawai-pegawai kerajaan seperti kerajaan Muawiyah dan yang seumpamanya daripada kerajaa-kerajaan yang menghilangkan keamanan rakyat”. [Ibid, m.s 111].
Akidah ini merupakan akidah seluruh orang Syiah Imamiah sebagaimana tertera dalam kitab mereka :
إنَّ أبا بكر وعمر كانا كافرين , الذي يحبهما فهو كافر أيضاً
Maksudnya : “sesungguhnya Abu Bakar dan Umar adalah kafir, orang yang mencintai keduanya adalah kafir juga”. [al-Majlisi, Haqqul Yaqin, m.s 522].
Akidah Syiah Imamiah ini adalah kufur kerana Allah s.w.t telah berfirman :
وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Maksudnya : dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. [al-Taubah :100].
Dengan jelas dalam ayat ini Allah s.w.t meredai sahabat, demikian juga dalam ayat-ayat lain yang banyak. Baginda Rasul s.a.w juga bersabda :
لاَ تَسُبُّوا أَصْحَابِى ، فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلاَ نَصِيفَهُ
Maksudnya : “Janganlah kamu mencela sahabat-sahabatku kerana sesungguhnya jika seorang daripada kamu menginfakkan emas sebesar Uhud sekalipun tidak akan sama kedudukannya dengan sedekah para sahabatku sebanyak satu cupak dan tidak juga setengah daripadanya”. [al-Bukhari & Muslim].
Begitu juga Sabda Nabi s.a.w :
أبُو بَكْرٍ فِي الْجَنَّةِ ، وَعُمَرُ فِي الْجَنَّةِ ، وَعُثْمَانُ فِي الْجَنَّةِ ، وَعَلِيٌّ فِي الْجَنَّةِ ، وَطَلْحَةُ في الْجَنَّةِ ، وَالزُّبَيْرُ في الْجَنَّةِ ، وعَبْدُ الرَّحْمَانِ بْنُ عَوْفٍ في الْجَنَةِ ، وَسَعْدُ بْنُ أبي وَقَّاصٍ فِي الْجَنَّةِ ، وَسَعِيدُ بْنُ زَيْدٍ بْنِ عَمْرٍ فِي الْجَنَّةِ ، وأبو عُبَيْدَةَ بْنُ الْجَرَّاحِ فِيَ الْجَنَّةِ.
Maksudnya : “Abu Bakar dalam syurga, Umar dalam Syurga, Usman dalam syurga, ali dalam syurga, Talhah dalam syurga, al-Zubair dalam syurga, Abdul Rahman bin Auf dalam syurga, Saad bin Abi Waqqas dalam syurga, said bin Zaid dalam syurga, Abu Ubadidah al-Jarah dalam syurga”. [Ahmad, al-Tarmizi, al-Nasai dalam Kubra, dan Abu Daud dengan jalan daripada Said bin Zaid].
Sabda Nabi s.a.w kepada Muawiyah r.a :
اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ هَادِيًا مَهْدِيًّا , وَاهْدِ بِهِ
Maksudnya : “Ya Allah, jadikanlah dia (yakni Muawiyah) sebagai yang memberi pembimbing kepada kebenaran, diberi bimbingan ke arah kebenaran, dan jadikanlah dia sebagai penyebab hidayah”. [Ahmad & al-Tarmizi].
Ayat dan hadis-hadis ini menjadi bukti bahawa Syiah Imamiah dan Khomeini mendustakan Allah dan Rasul-Nya. Mereka telah mengikuti jejak langkah para Munafik dalam membenci sahabat radiallahu’anhum.
KEENAM : SIAPAKAH TUHAN KHOMEINI?
Ini adalah persoalan terpenting dalam akidah Khomeini iaitu siapakah Tuhan yang disembah Khomeini? Khomeini menjawab :
” إننا لا نعبد إلهاً يقيم بناء شامخا للعبادة والعدالة والتدين ، ثم يقوم بهدمه بنفسه ، ويجلس يزيداً ومعاوية وعثمان وسواهم من العتاة في مواقع الإمارة على الناس ، ولا يقوم بتقرير مصير الأمة بعد وفاة نبيه ”
Maksudnya : “Sesungguhnya kami (Syiah Imamiah) tidak menyembah Tuhan yang mendirikan bangunan yang hebat untuk ibadah, keadilan, dan bergama (yakni Islam) kemudian Dia memusnhakannya dengan sendiri dan mendudukkan Yazid (anak Muawiyah), Muawiyah, Usman, dan selain mereka daripada penzalim di atas kerajaan manusia dan tidak menetapkan hala tuju umat kewafatan Nabi-Nya”.[Kasyful Asrar, m.s 123 & 124].
Maka jelas tuhan Khomeini bukanlah Allah s.w.t tetapi tuhan yang wujud dalam khayalannya sendiri. Realiti telah menyatakan bahawa Usman r.a, Muawiyah r.a dan Yazid r.h telah pun menjadi Khalifah dan memerintah, begitu juga Bani Umayyah dan Abbasiah. Kejadian ini berlaku di bumi kita ini dalam alam ini. Menurut akidah kaum muslimin, semua kejadian dalam alam ini berlaku dengan kehendak dan izin Allah s.w.t. Maka, jika Khomeini hendak menyembah Tuhan yang tidak melantik Usman r.a, Muawiyah r.a dan lainnya sebagai khalifah, tidak ada jalan lain bagi Khomeini kecuali dengan menyembah selain Allah…!! Demikian juga dengan jelas Khomeini mencela Saidina Usman bin Affan r.a dan Muawiyah r.a sedangkan kedua-duanya adalah sahabat besar Rasulullah s.a.w. Usman adalah menantu Rasulullah dan Muawiyah adalah ipar Rasulullah sehingga digelar Khalul Mukminin (Bapa Saudara Orang-orang Beriman).
KETUJUH : KHOMEINI DAN AL-QUR’AN
Khomeini Laknatullahi ‘alaih telah menuduh para sahabat radiallahu’amhum mengubah al-Qur’an. Katanya :
Maksudnya : “Jikalau masalah Imamah telah sabit dalam al-Qur’an maka sesungguhnya mereka ini yang tidak mengambil berat akan Islam dan al-Qur’an kecuali dengan tujuan keduniaan dan kepimpinan adalah mereka ini menjadikan al-Qur’an sebagai jalan untuk melaksanakan tujuan mereka yang mencurigakan dan mereka menghilangkan ayat-ayat dari mushafnya dan menggugurkan al-Qur’an daripada pandangan dunia selama-lamanya dan mengaibkan al-Qur’an dan kaum muslimin selama-lamanya dan dengan itu menisbahkan keaiban yang sama dihukum ke atas kitab-kitab Yahudi dan Nasrani kepada kaum muslimin” [Kasyful Asrar, m.s 132].
Khomeini cuba menyatakan bahawa jikalau Allah s.w.t menyatakan dalam al-Qur’an sekalipun bahawa Ali r.a adalah Khalifah selepas Rasulullah s.a.w tentulah para sahabat akan menghilangkan ayat-ayat tersebut. Tuduhan ini sangat tidak masuk akal. Bagaimana mungkin para sahabat yang menjadi kepercayaan Rasulullah s.a.w sanggup melakukan hal yang terkutuk ini? Dan mana mungkin al-Qur’an yang dipelihara oleh Allah s.w.t sendiri mampu diubah? !! Allah s.w.t berfirman :
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Maksudnya : “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” [al-Hijr : 9].
Apakah Allah s.w.t cuai dalam menjaga al-Qur’an sehingga akan ada yang mampu mengubahnya?!
Golongan Syiah cuba menafikan akidah mereka bahawa al-Qur’an diubah tetapi perkataan Khomeini ini sangat jelas bahawa dia mengiktiraf tidak mustahil berklakunya pengubahan al-Qur’an daripada Khulafa’ yang tiga dan Muawiyah radiallahu’anhum. Demikian Khomeini mengiktiraf doa Sonamai Quraish yang dibaca Syiah dalam solat mereka untuk melaknat Abu Bakar dan Umar radiallahu’anhuma dan di dalam doa itu sangat jelas menyatakan Abu Bakar dan Umar mengubah al-Qur’an. [Lihat Kitab Iksir ad-Da'awat].
KELAPAN : SYIRIK MENURUT KHOMEINI
Khomeini dalam kitanbya beranggapan memohon doa kepada mayat dan menyeru roh si mati adalah tidak syirik :
Maksudnya : “dan selepas jelas bahawa syirik itu apabila menminta sesuatu kepada selain Tuhan sekalian ‘alam di atas asas benda yang diminta itu adalah sembahan maka jika selain asas ini tidaklah syirik (yakni meminta kepada makhluk tanpa iktikad makhluk itu Tuhan tidaklah syirik) dan tidak ada bezanya (tempat meminta itu) hidup atau mati. Maka meminta hajat kepada batu kecil atau besar bukanlah syirik sekalipun ianya amalan batil. Kemudian jika kita meminta pertolongan daripada ruh-ruh suci daripada kalabgan nabi-nabi dan imam-imam yang mana mereka ini diberi qudrat oleh Allah (maka ini bukanlah syirik)”. [Kasyful Asrar, m.s 49].
Demi Allah, kami bersaksi bahawa kalam ini serupa sekali dengan perkataan orang-orang Tasawuf tertutama Tariqat Naqsyabandiah Khalidiah . Maka, dengan akidah ini Khomeini menafikan Abu Lahab, Abu Jahal dan seluruh musyrikin Qurasih adalah syirik. Ini kerana musyrikin Quraish bukanlah meminta kepada Lata dan Uzza kerana keduanya Tuhan tetapi sebagai wasilah (perantara) antara mereka dengan Tuhan sahaja. Firman Allah s.w.t surah al-Zumar ayat ke-3 :
وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى
Maksudnya : “dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi Pelindung dan Penolong (sambil berkata): “kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”.
Golongan ini menurut Khomeini tidaklah syirik tetapi Allah berkata :
إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)”.
Jelas Allah menghukum mereka sebagai Syirik Akbar (syirik besar) yang meletakkan mereka sebagai golongan Kufur.
Siapakah Khomeini sehingga dia berani memberikan hukum yang berbeza dengan hukum Allah s.w.t?!! Sedangkan Khomeini berani berkata Abu Bakar r.a dan Umar r.a telah menyalahi al-Qur’an maka sekarang siapa yang sebenarnya menentang al-Qur’an?!! [Lihat Kasyful Asrar, m.s. 131-135]. Laknat Allah ke atas Khomeini dan yang seumpamanya!!Amin.
KESEMBILAN : PANDANGAN KHOMEINI TERHADAP AHLI SUNNAH
Khomeini berdusta apabila kononnya dia menyeru kepada kesatuan Islam kerana dia mengkafirkan selain Syiah Imamiah :
وأما النواصب والخوارج لعنهم الله تعالى فهما نجسان من غير توقف ذلك على جحودهما الراجع إلى إنكار الرسالة
Maksudnya : “adapun Nawasib dan Khawarij Laknat Allah atas mereka maka keduanya adalah najis tanpa teragak-agak lagi kerana keingkaran mereka (terhadap Imamah Ali) yang membawa kepada keinkaran Risalah (Rasulullah s.a.w)”. [Tahrir al-Wasilah, 118].
Pandangan Khomeini ini berdasarkan akidah Syiah Imamiah bahawa selain Imami adalah kafir :
واتفقت الإمامية على أن أصحاب البدع كلهم كفار
Maksudnya : “dan telah bersepakat Imamiah bahawa semua ahli bidaah adalah kafir”. [Awail al-Maqalat, m.s 49].
Maka, sebodoh-bodoh makhluk adalah mereka yang mengajak kepada mendekatkan mazhab Ahli Sunnah dengan Syiah atau yang disebut sebagai al-Taqrib. Kita boleh mencampurkan air mineral dengan air sirap tetapi kita tidak boleh mencampur air dengan minyak..Fahamilah!.
PENUTUP
KEDUDUKAN KHOMEINI DALAM SYARIAT :
Perkataan-perkataan Khomeini adalah zahir kufur dan zindiq dan diketahui Khomeini mati dalam akidahnya ini serta tidak pernah kembali bertaubat walaupun telah ditegakkan hujah. Oleh itu, hukum yang layak kepada Khomeini adalah dia kafir kepada Allah s.w.t kerana mencerca sahabat dan menghina Syariat serta merendah-rendahkan Allah s.w.t dan tidak mengkafirkan mereka yang dinyatakan kafir oleh Allah s.w.t dalam al-Qur’an. [Fatwa ini sama dengan fatwa Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albany r.h bertarikh 26/12/1407 H bersamaan 22 Ogos 1987 M.].
No comments:
Post a Comment