Followers

Sunday, 26 January 2014

ISLAM SEBAGAI SOLUSI ATAU PUNCA KEGANASAN?


Dua dekad kebelakangan ini, konsep 'Keganasan Islam' (Islamic Terror) menjadi topik perbincangan yang hangat. Selepas serangan 11 September yang menjadikan ribuan orang yang tidak bersalah di New York dan Washington sebagai sasaran, konsep ini bangkit semula menjadi agenda antarabangsa.
Sebagai seorang Islam, kita setentunya mengutuk perbuatan ini dan merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Amerika.
Tulisan ini akan menekankan bahawa Islam bukanlah punca kepada segala keganasan malah keganasan tidak ada tempatnya di dalam Islam. Sungguhpun perampas kapal terbang itu disyaki sebagai seorang Islam tetapi itu tidak bermakna jenayah yang dilakukan itu dilabelkan sebagai 'Keganasan Islam'. Begitu juga tidaklah dinamakan 'Keganasan Yahudi' jika penjenayah itu adalah penganut Yahudi serta bukanlah 'Keganasan Kristian' walaupun penjenayah itu Kristian.
Ini kerana, membunuh orang yang tidak berdosa atas nama agama adalah salah sama sekali. Seperti yang sedia maklum bahawa mereka yang terbunuh di Washington atau New York merupakan orang yang beriman dengan Jesus (Kristian), Nabi Musa (Yahudi) dan orang Islam. Menurut Islam, membunuh orang yang tidak bersalah menjadi satu kesalahan yang besar dan azab neraka adalah paling layak baginya kecuali diampunkan Allah. Justeru, adalah mustahil orang yang beriman terjebak dalam perkara yang tidak diredhai ini.
Apa yang jelas ialah penjenayah-penjenayah itu sebenarnya telah merosakkan nama agama sendiri. Mereka sebenarnya telah menyebabkan sesebuah agama itu dipandang jahat di mata orang dan telah menanam rasa kebencian kepada mereka yang soleh. Akibatnya, setiap serangan yang dikatakan mewakili 'agama' sebenarnya secara tidak langsung 'memerangi' agama mereka sendiri.
Kesemua tiga agama samawi menganjurkan kasih sayang, belas dan keamanan. Keganasan jelas amat kontra dengan agama kerana ia ganas, sadis, sengsara dan menumpahkan darah. Oleh hal yang demikian, ketika menyelidiki latar belakang seorang pengganas itu mestilah diperiksa kepercayaannya bukan agamanya. Orang yang berlatarbelakang fascist, communist, racist atau materialist merupakan antara yang berpotensi menjadi penjenayah. Nama atau identiti pemetik picu tidaklah penting kerana jika mereka boleh membunuh orang yang tidak bersalah dengan memejam mata, itu tidak patut dilabelkan sebagai seorang yang beragama tetapi layak yang sebaliknya. Mereka menyerang tanpa rasa takut kepada tuhan kerana gila untuk menumpahkan darah dan melakukan kerosakan.
Berdasarkan itulah, 'Keganasan Islam' amat tidak cocok dengan ajaran Islam. Lebih-lebih lagi Islam tidak bersetuju langsung dengan keganasan malah mencegah keganasan dengan menganjurkan keamanan dan kesejahteraan ke serata alam.
Al-Quran Menganjurkan Kebaikan, Keadilan dan Keamanan
Jika dikaji dengan terperinci dapat disimpulkan bahawa keganasan itu dilakukan seseorang bagi mengejar target dalam agenda politiknya. Dalam erti kata lain, mangsa keganasan bukanlah sasaran utama tetapi yang sebenarnya ditujukan kepada pihak lain. Perbuatan keji yang dilakukan Hitler dan Stalin menjadi contoh yang tepat dan sememangnya bertentangan dengan moral keadilan manusia.
Al-Quran diturunkan untuk memandu manusia menurut kebenaran dan Allah memerintah hamba-Nya supaya mengadaptasikan akhlak dalam kehidupan. Akhlak yang merangkumi cinta, belas kasihan, toleransi, dan keamanan boleh diamalkan ke seluruh dunia:
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam keamanan (Islam) secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.(Surah al-Baqarah: 208)
Ajaran dari Al-Quran yang diimani orang Islam bukan sahaja menjadi panduan hidup mereka tetapi sesuai juga untuk bukan Islam kerana isi kandungannya mencakupi keadilan, memelihara orang yang memerlukan dan bersalah serta mencegah dari segala kerosakan. Allah juga berfirman, "Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan. (Surah al-Qasas: 77)
Membunuh seseorang tanpa sebab yang diterima merupakan salah satu contoh kerosakan. Allah mengulangi di dalam Al-Quran seperti yang pernah diungkapkan kepada Yahudi di dalam Old Testament:
Oleh karena itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahawa: barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka rasul-rasul Kami dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak di antara mereka sesudah itu sungguh-sungguh melampaui batas dalam membuat kerosakan di muka bumi. (Surah al-Maidah: 32)
 
MOSHE DAYAN SYAITAN YAHUDI


Jelas diperkatakan bahawa membunuh seseorang kecuali jika orang itu membuat kekacauan di muka bumi adalah satu jenayah yang diibaratkan seperti membunuh manusia seluruh alam. Begitu juga dengan kes yang membunuh manusia beramai-ramai dengan cara serangan membunuh diri (suicide attacks) juga terlibat sekali. Allah memberitahu kita akan balasan di akhirat bagi mereka yang sekejam ini:
Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih. (Surah ash-Shura: 42)
Justeru, bagaimana boleh timbul satu tema 'Keganasan Islam'? Dari apa yang dijelaskan adalah mustahil jika dikaitkan Islam dengan keganasan. Apa yang jelas di sini ialah punca keganasan bukanlah dari agama tetapi dari faktor fenomena sosial.

No comments: